Khamis, 17 November 2016

makanan di johor


medan selera jalan sungai chat
lokasinya berdekatan dengan dataran bandaraya johor bahru. Disini, istemewanya ialah murtabak singapura dalam harga RM8.00 sekeping, sangat tebal dan mempunyai banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya.


Roslin Beriani House

Roslin Beriani House

14, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bharu
Jika anda di Johor dan tidak menikmati nasi beriani gam, anda telah melakukan kesilapan yang amat besar kerana di sinilah beriani gam bermula dan pastinya ia asli serta amat sedap. Walaupun bukan Muar, tetapi keaslian nasi beriani masih boleh dirasai di Roslin Beriani House yang terletak di Kebun Teh.
Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, anda boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda. Bermula dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang dimasak berempah, anda akan seterusnya dihidangkan dengan nasi beriani yang sedap bersama lauk pauk pilihan.

mee bandung abu bakar hanipah

Mee Bandung Abu Hanifah

Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000
Menjual mee bandung Muar yang sangat sedap. Terletaknya di Jalan Abdullah. Anda juga boleh mendapatkan perencah mee bandung di sini untuk dibawa balik masak di rumah. Berdasarkan info, asalnya kedai ini adalah Mee Bandung Muar. Kemudiannay ditukar kepada Mee Bandung Abu Hanifah setelah anaknya mengambil alih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan