Khamis, 17 November 2016

Tempat Penginapan

Mutiara di Johor Bharu



Jalan Dato Sulaiman, Taman century,
K.B. No 779, 80990 Johor Bharu
Malaysia


The Puteri Pacific Johor Bharu



Jalan abdullah ibrahim, 80730 Johor Bharu
Malaysia

Silka Johor Bharu


Lot 101375, Jalan Masai Lama,
Mukim Plentong, 81750 Johor Bharu, Malaysia

Popchuco Art Gallery Homestay
NO 14, Jalan Othman, 84000 Muar,
Malaysia

Aktiviti-aktiviti Menarik

PULAU RAWA
Sebuah pulau di mersing,johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karagnya.Destinasi terbaik untuk anda snorkeling dan juga skuba diving.aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah wind surfing dan berkayak.terdapat resort di sini untuk menginap seperti Le Club Resort.
Hasil carian imej


zoo johor
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di malaysia yang terletak di selatan semenanjung malaysia.Dibukan pada tahun 1928 oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Zoo Johor adalah salah satu zoo tertua di negara ini dan juga di Asia.





makanan di johor


medan selera jalan sungai chat
lokasinya berdekatan dengan dataran bandaraya johor bahru. Disini, istemewanya ialah murtabak singapura dalam harga RM8.00 sekeping, sangat tebal dan mempunyai banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya.


Roslin Beriani House

Roslin Beriani House

14, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bharu
Jika anda di Johor dan tidak menikmati nasi beriani gam, anda telah melakukan kesilapan yang amat besar kerana di sinilah beriani gam bermula dan pastinya ia asli serta amat sedap. Walaupun bukan Muar, tetapi keaslian nasi beriani masih boleh dirasai di Roslin Beriani House yang terletak di Kebun Teh.
Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, anda boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda. Bermula dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang dimasak berempah, anda akan seterusnya dihidangkan dengan nasi beriani yang sedap bersama lauk pauk pilihan.

mee bandung abu bakar hanipah

Mee Bandung Abu Hanifah

Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000
Menjual mee bandung Muar yang sangat sedap. Terletaknya di Jalan Abdullah. Anda juga boleh mendapatkan perencah mee bandung di sini untuk dibawa balik masak di rumah. Berdasarkan info, asalnya kedai ini adalah Mee Bandung Muar. Kemudiannay ditukar kepada Mee Bandung Abu Hanifah setelah anaknya mengambil alih.

Khamis, 10 November 2016

Tempat-tempat Menarik Di Johor



MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR




masjid negeri sultan abu bakarMasjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.


LEGOLAND MALAYSIA
Hasil carian imej untuk Legoland Malaysia

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di NusajayaJohorMalaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012.[2] Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.
Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013[3] dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.[4]
Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.[3]
Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja akan dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing.[3]
Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya[5] dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya.[3]


MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
Hasil carian imej untuk dataran bandaraya johor bahru

Johor Bahru (Sebutan bahasa Malaysia: [ˈjohorˈbahru]tulisan Jawi: جوهر بهرو , juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri JohorMalaysia dan nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan ''bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 876,000 [2] orang di kawasan Pusat Bandaraya sahaja (kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Majlis Perbandaran Pasir Gudangmelebihi 2.4 juta orang di kawasan Metropolitan Iskandar Malaysia (Pasir GudangIskandar Puteri, Johor Bahru, Kulai dan sebahagian Pontian). Jika digabungkan dengan orang Singapura datang ke Johor Bahru, jumlah penduduknya adalah 5.49 juta orang, kadar pertumbuhan penduduk adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya paling selatan di tanah besar ataupun bandaraya southern corridor, Malaysia. Pasir Pelangi, pekan diraja terletak di Johor Bahru.
Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrianperdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Johor Bahru adalah terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur berbanding dengan Pulau Pinang. Banyak perkhidmatan bas naik turun antara kedua-dua bandar besar ini. Kemudian bagi teknologi lebih moden merupakan rel kelajuan tinggi akan bertolak ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur.

Rabu, 2 November 2016

Peta & Syarikat Pelancongan


Peta Johor
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah JohorRiau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung TuanMuarBatu PahatSingapuraPulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]
Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayudan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

syarikat pelancongan

 AG Travel and Tours Sdn Bhd116-1,JALAN 2/23A, TAMAN DANAU KOTA, OFF JALAN GENTING KLANG, 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR, 53300 Setapak, Malaysia ·


Tel : +603-4143 9688, 4143 5988
Faks : +603-4149 1688