MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR
masjid negeri sultan abu bakar
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.
LEGOLAND MALAYSIA
Legoland Malaysia merupakan sebuah
taman tema yang dibuka di
Nusajaya,
Johor,
Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema
Legoland yang pertama pernah dibuka di
Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh
Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012.
[2] Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam
Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.
Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013
[3] dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.
[4]
Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.
[3]
Hanya makanan yang diiktiraf
halal sahaja akan dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing.
[3]
Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya
[5] dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya.
[3]
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
Johor Bahru (
Sebutan bahasa Malaysia: [ˈjohorˈbahru],
tulisan Jawi: جوهر بهرو , juga dieja sebagai
Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi
JB) ialah nama
ibu negeri Johor,
Malaysia dan nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan
Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan ''
bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 876,000 [2] orang di kawasan
Pusat Bandaraya sahaja (kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan
Majlis Perbandaran Pasir Gudangmelebihi 2.4 juta orang di kawasan
Metropolitan Iskandar Malaysia (
Pasir Gudang,
Iskandar Puteri, Johor Bahru,
Kulai dan sebahagian
Pontian). Jika digabungkan dengan orang Singapura datang ke Johor Bahru, jumlah penduduknya adalah 5.49 juta orang, kadar pertumbuhan penduduk adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya paling selatan di tanah besar ataupun bandaraya southern corridor, Malaysia.
Pasir Pelangi, pekan diraja terletak di Johor Bahru.
Johor Bahru merupakan sebuah pusat
perindustrian,
perdagangan, dan
pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam
ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara
Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan
perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Johor Bahru adalah terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur berbanding dengan Pulau Pinang. Banyak perkhidmatan bas naik turun antara kedua-dua bandar besar ini. Kemudian bagi teknologi lebih moden merupakan rel kelajuan tinggi akan bertolak ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur.